Laju kakiku melangkah ke arah deretan kedai
bersama sekaki payung berwarna unggu cair. Hujan lebat menyukarkan perjalananku
. Payung pemberian arwah tunangku yang telah pergi selama 3 tahun menjadi
kenangan yang terindah aku bersama dirinya.aku menyandarkan payung di luar
kedai yang aku tuju . Telefonku berbunyi
“ Hello Mya , cepatlah sikit ,mama nak guna
sekarang manik-manik tu , petang nanti customer dah nak mari ambik dah , haih
,boleh pulak habis stok , buat kerja macam mana la si Dila tu” Mama menyerang
guna peluru berpandu .
“Ok ma,
Mya dah nak masuk dah kedai ni.” Jawabku ,terus aku matikan telefon.
Setelah siap aku membeli, aku terkejut kerana payungku
dah hilang . Aku terlihat ada seorang lelaki memakai kot hitam mengambil
payungku .
”Hoi ! payung aku tu ,Hoi pencuri !” semakin
cepat langkah kaki lelaki itu ,tanpa mengendahkanku , dia meneruskan
perjalanannya. dasar
lelaki tak guna ! Aku sempat mengejarnya
tetapi malang tak berbau ,aku jatuh tergelincir bagai nangka busuk! Adoi..ada
sesetengah orang gelakkanku . Malunya.
Sampai di butik mama aku terpaksa menadah telinga
mendengar bebelan mama.
“Mama .Mya tak sengaja okey , ada orang curi payung Mya
.” kataku usai menyalin pakaian yang basah kuyup .’siap kau pencuri payung,aku
jumpa kau ,nahaslah!’
-----------------------------------------------
Aku memandang dada langit yang dihiasi bintang .
“Haa..!" sergah seseorang dari belakang
“Hoi ! kau memang nak aku jalan dulu kan !”
marahku.
“Alala..cik kak cantik manis merajuklah ,sorry la,I gurau
je”
“Gurau pun agak-agak la ,babe ! Terkejut beruk aku tahu
tak?! Dah malam buta macam ni ,apehal kau menyemak sini cari aku?”soalku kasar
.Aku tahu ‘makcik’ Dayana ni tak terasa langsung , aku kenal dia dah 10 tahun
sehingga sekarang umurku mencecah 24 tahun, Walaupun dia sebaya denganku , ternyata dia
lebih matang ,dia menjadi saksi kesedihanku saat arwah tunangku pergi untuk
selama-lamanya.Lama kami berbual,aku menceritakan apa yang terjadi siang tadi,
Tunggu apa lagi minah tu start la bunyi hilaian langsuirnya.
“Yang kau gelak sakan cam Pontianak nak beranak ni
kenapa?”sentap hatiku
“Haha,dah kau yang cantik jelita lagi menawan ni jatuh
tersembam ,rugi aku tak tengok! Eh Pontianak gelak eh time nak beranak? Baruku
tahu.. ahahaha”
“Babe ,malam esok teman aku jumpa client papa , aku takut
pergi sorang. Aku kene gantikan papa sebab dia outstation minggu ni. Nanti aku
belanja Mc.d la ,erk?”ujarnya sesudah hilang tawa .
“Asal aku kene teman kau ni? Sejak bila la client kau tu
makan orang?”soalku malas
“sejak semalam punya semalam lagi sebenarnya “ loyar
buruk pulak minah ni.
“ Tak la , dia lelaki , muda lagi ,aku taknak timbul
fitnah pulak , eh bukan ..takut my baby boo tahu , naya aku ! boleh erk” Sambungnya lagi .
“ Kenapa la kau tak pergi sorang-sorang? Leceh la, boring
tau tak ,kau takpe la duk discuss ,then aku duk sorang-sorang “ muncung sedepa
minah ni dah keluar .
“Ala ..please la ! please ,.nanti aku janji aku belanja
kau ! aku takut irfan tahu , dia tu kuat cemburu sikit , kalau dia merajuk sape
nak pujuk?aku jugak kan.” Pakwe kau ,kau kisah la sangat ,aku kau tak kisahkan
, macam ni la kawan !
“Hmm..okee la ,janji tau ! pukul berapa? Pergi dengan
kereta kau eh?nanti teman aku pergi kedai buku ,nak tambah koleksi novel sikit”
“No prob la babe ! nanti dengan kedai-kedai Mc. D tu aku
belanja untuk kau ,kau tapau la biar kenyang” kawan aku ni memang nak kena!
Malam dijanjikan dah tiba ,aku dan Dayana melangkah masuk
ke restoren mewah dan mencari meja yang ditempah ,kelihatan client papa Dayana
dah sampai ,ralit dengan handphone di tangan ,dia tidak menyedari kehadiran
kami. ‘macam pernah kulihat’!
Hampir satu jam Dayana bersama clientnya ,yang
memperkenalkan diri sebagai Zarif berbincang itu dan ini ,dan seperti yang
diagak aku dibiarkan sendiri melangut kat meja sebelah sebab taknak jadi
pengganggu . Serius wajah dorang berdua semasa berbincang. Hampir pukul 9
mereka siap berbincang itu dan ini ,aku takut tak sempat beli novel . Masa ni
jugak kereta Dayana buat hal ,aku merengus geram
“Habis macam mana ni?” Dayana
dah stress aku ambik jalan mudah taknak stress-stress ,
“Hye girl, kenapa tak balik lagi?”soal Zarif dari dalam
kereta Mercedes Benznya, cermin kereta diturunkan . ‘hensem pulak aku tengok
dia’
“Kereta buat hal ,”ujar Dayana
“Ouh , jap I cek ." Seusai membelek apa yang patut
kat kereta Dayana “Masalah bettery ni ,mungkin workshop dah tutup so, kita
tinggal je kereta kat sini then I tumpangkan you all,lagipun saya takde alat
nak repair.” Dia tetap cool .
“Tak payah susah-susah la, saya boleh call parent saya," ceh, parent aku semua balik kampung ,
“Tak ,parent kau la Yana” aku tersengeh
. Dayana mngeluarkankan galaxy s4nya.
“Mama tak jawap, call rumah pun takde orang nak angkat" lama kemudian ,kami ambil keputusan untuk menumpang Zarif.
Seusai duduk di seat belakang ,aku dan Dayana
berpandangan , “Eh , saya bukan driver korang “ujar Zarif , melihat kami beradu
mata ,lelaki itu berkata” its okee la, just kidding “ senyumannya amatlah
mencairkan hati . Zarif memandu tenang.
Aku membetulkan shawlku , tanpa disangka , aku terlihat payung
kesayanganku,
“Tumpang tanya encik Zarif , ni payung cute ni sape punya ?”aku
menyoal lembut.
“Payung nenek,why?” ‘pandai kau menipu!’
“Ouh nenek yang duk kat kedai jahit tukan?” sinis aku
menyoal, “ So,kau lah yang curi payung aku !” Dia mengerling ke arahku,
“Sape kau nak curi payung aku ha?takde adab betul kau
kan?”hilang dah encik-encik ni
“Sorry ,cik Mya, I betul-betul mintak maaf, I ada
meeting time tu ,”
“Kau tahu tak aku dimalukan di khalayak ramai sebab kau!”
Aku ambil payungku dan terus memukul lelaki itu .
“Mya ,weh jangan la ,mati
anak orang kang! Jadi pembunuh pulak kau!" Dayana cuba menghalang aku ,
Kereta diberhentikan di tepi jalan. Tetiba aku terpukul
didahinya,darah yang mengalir dengan laju mengingatkan kembali insiden yang
berlaku antara aku dan tunangku , aku trauma .Tanganku menggigil dan aku tidak
sedarkan diri.
Cahaya samar-samar mengganggu lenaku . "Mya ,Mya dah
sedar !”suara mama penuh prihatin menenangkanku kerana aku rasa tempat ni
terlalu asing .
“Mya kat mana ma? Mama dah balik dari kampung?”soalku
kehairanan.
“Mya kat hospital,semalam Mya pukul orang ,Tapi Mya yang
pengsan , dah jadi samseng Mya ni kan “ mama mengusap kepalaku.
“Mya okee la ma,no worries ok?”ujarku . Pintu bilik dikuak
. Terjengul kepala Zarif ,aku menarik muka.’ Buat apalah mamat ni? Takkan nak sound aku?’
“cik Mya , I’m so so sorry , saya tahu saya salah and
luka ni sikit je, tak terasa langsung ,so saya dah maafkan awak la” dahinya
yang berbalut aku pandang .
‘Ade aku minta maaf ke?’desis hatiku, "Hmm,..ouh, tak
sakit ke? Tak Tanya pun,”jawabku acuh tak acuh.
------------------------------
Seminggu kejadian aku pukul orang berlalu , aku ambik
jalan positif ,aku nak lupakan apa dah jadi. And sekali seumur hidup aku dengan
baik hati memaafkan orang dengan sesenangnya walaupun payung kesayanganku
hampir nak rosak. Bengang jugak aku mula-mula tu , sekarang aku dengan rasminya
jadi fashion designer kat butik kepunyaan mama dengan segulung ijazah .
Seringkali ada je bunga-bunga rose dan nota dari Zarif untuk memohon maaf
dariku sedangkan aku dah maafkan dia. Dayana cakap nasib baik tender dari
syarikat Z holdings dah dapat ,kalau tak papanya mesti mengamuk .
‘Kau ibaratkan bunga mawar yang indah , cantik dan
menawan sehingga menawan hatiku,tetapi kau sukar ku genggam kerana durimu amat
menyakitkan’ sms yang kuterima saban hari mengindahkan hariku walaupun puisi
yang amatlah berterabur,
“eh..sape
ni?hah, jangan-jangan perogol bersiri kut,saja nak perangkap aku !”
“Mya
sihat tak hari ni?Risau mama , cakap sorang-sorang ,tersengih-sengih” ujar mama
sambil melekapkan tangan kedahi ku ,
“Mama!! “ bentakku.
”hehehe..Ni bunga rose putih ,admire kasi”
bunga bertukar tangan.
“Sape kasi ni Ma?" 'Cintaku ibaratkan mawar
putih, suci ,bersih dan ihklas hanya untuk dirimu ,Have a nice day ,dear -z-!'
aku membaca perlahan yang disisip di bunga itu ,eee…romantiknya. Hati
perempuan mana tak tersentuh kalau diperlakukan sebegitu , sape z?
Zarif? Tapi apa motif dia ? memang akhir-akhir ni
perasaanku jadi tak tentu arah kalau terlihat dia,lagi-lagi senyumannya. Sebab
tu aku cuba mengelak dari jumpa dia.
Masa aku lunch sorang-sorang kat secret recipe , aku
lihat kelibat Zarif ,aku cuba berselindung tapi malang dia nampak ,haish..!
“Hye ,sorang je ke? Boleh saya join cik Mya sekali?”
soalnya lembut.
" Ada hantu kat sebelah ni ,duduk la kalau tak malu”
kataku kasar . Tapi dalam hati berdebar-debar.
“Amboi , garangnya” Dia tetap duduk di kerusi dihadapanku. Lama kami menjamu selera. Dia memulakan bicara.
“Mya , saya yakin dengan dengan perasaan saya ..,” Hilang perkataan ‘cik’ dan dia berjeda dan aku masih berdebar menanti ayat seterusnya.
“Saya sayangkan awak , saya cintakan awak dan saya ingin bahagiakan awak “lidahku kelu,apa yang harus aku jawab?.
Sekian lama masa berlalu ,aku menjawab “ Awak sedang propose saya ke,encik percuri payung a.k.a pencuri hati ?! awak jahat , sampai hati saya pun awak nak curi ? Tak romantic !”
“So ,awak
terima la proposal saya kan?” Dia mengenyitkan mata. Aku menganggukkan kepala .
3 bulan selepas itu kami melangsungkan majlis perkahwinan Walaupun tak semeriah
mana , aku tetap gembira dan bersyukur atas segala kurniaan Allah S.W.T
-Tamat- Hope U like it :)
p/s : Ni 1st cerpen . Saje test bakat . Ceh .. Even tak berbakat . Comment please :P
first time pn blh tahan juga...:) enjoy reading it....truskn berkarya....
ReplyDeleteanyway dah follow blog awak....follow blog kite ea...
http://thestoryofayna.blogspot.com/
good teruskan berkarya :)
ReplyDeleteokay, cute jugak xD
ReplyDeletenice try..boleh digilap lg bakat tu :)
ReplyDeleteWah ... Best2
ReplyDelete