Assalamualaikum ,
Siapa Ambik Exam PMR tahun ni angkat kepala, hukhuk, kepala lutut oke?
Huraian untuk Tajuk post hari ni adalah , aku bersyukur sangat ke hadrat ilahi
kerana memberi peluang kepada Aku untuk membuat kedua orang tuaku
bangga denganku, semalam punya semalam yang bersamaan 19/12/2013,
result PMR sudah dikeluarkan oleh pihan kementerian pelajaran. Dan syukurlah
result aku tak teruk ! Haha.. Baguslah la kan? Aku sempat kutip 6 je A tu.
Yang 2 lagi aku berbesar hati sedekahkan untuk orang lain. Bukan rezeki
aku la katakan. Tapi aku tak kuhciwa makan hati berulamkan jantung pisang
sebab Target aku just 5 A
Keatas, sebab apa tak mau target banyak2? Sebab takut kecundang sama seperti
3 tahun yang lepas. Biarlah sejarah tidak berulang :D
Nota : Kepada sesiapa yang berjaya dalam peperiksaan ni, aku ucapkan
bebanyak Tahniah, Kekalkan untuk 2 tahun akan datang ye? Dan
kepada yang tak berjaya jugak aku ucapkan Tahniah , Takpe SPM
masih ada, buktikan yang anda mampu untuk berjaya. SPM
penentu segalanya *ececeh . Selamat Berjaya
// Semangat for next year, aku berazam akan belajar bersungguh-sungguh dan tak nak
main- main seperti 3 tahun ni. In Sha ALLAH .
tahniah awak..fighting for next year..haha *lagi mencabar*
ReplyDelete