Assalamualaikum
Jika ramai wanita memilih koleksi
high heels sebagai kasut pilihan mereka, ada juga segelintir wanita yang masih
meminati pemakaian sneaker. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang gemar berpakaian
kasual dan ingin bergerak aktif. Seperti yang kita semua ketahui, koleksi
sneakers merupakan jenis kasut yang paling selesa dipakai kerana mempunyai
struktur tapak yang rata dan juga memberi sokongan kepada kaki si pemakai.
Namun, bukan semua pakaian boleh anda gayakan dengan pemakaian sneakers wanita
ini, contohnya seperti baju kurung, jubah moden dan pakaian tradisional yang
lain. Contoh pakaian yang anda boleh gayakan dengan koleksi sneaker wanita adalah seperti;
Pertama sekali, anda boleh memakai
koleksi sneaker dengan padanan leggings, yoga pants or even chino pants! Ini
lah kasut yang paling sesuai untuk anda gayakan during your lazy days.
Gaya kedua pula adalah kombinasi yang
paling terbaik iaitu pemakaian jeans dan t-shirt seperti berikut. Sneakers dan
jeans adalah padanan yang paling ideal!
Jangan fikir sneaker hanya boleh
digayakan dengan pemakaian seluar sahaja, kerana sneaker juga boleh digayakan
dengan pemakaian skirts seperti berikut.
Malah juga menarik untuk dipadankan
dengan koleksi maxi dress yang sesuai untuk gaya kasual anda.
Dan untuk gaya yang lebih santai dan
laid-back, tampil bersahaja dengan padanan sneaker anda bersama pemakaian
koleksi jumpsuits.
No comments:
Post a Comment