Wednesday 24 October 2012

Salam Aidiladha




Assalamualaikum..hari nie Sha nak ucapkan SElamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam tak kira dimana jua..Ada tak tok nenek,mak ayah uat korban??mesti ada kan?..

Semoga kita mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T ~~~amin..


p/s: mintak tolong jap ? boleh?? boleh kan..korang kan baik...
http://bit.ly/Ta6SU9  . http://bit.ly/TyY4bb  . http://bit.ly/XOIA7t 
tunggu habis loading dulu...hehehe.*peace





Thursday 11 October 2012

Selamat Pagi !


Selamat pagi kepada semua blogger2 cute/comel/encem,hehehe..tengah buat ape tu? Da bangun ke belum nie semua atau  masih buat peta dunia kat bantal bucuk tu?huhu..mane thu la kan..Yang da bangun da mandi ke belum? P mandi nuh,,bucuk masham a nie..^^Sha dah mandi wokeyh! peace**

Puisi pagi: )
pagi tak kan penah hadir , 
tanpa melewati putaran malam, 
matahari terbit menggantikan rembulan,
sinarnya yang hangat memberi semangat utk blogger mnulis entry^^,



Pantang Larang Melayu Lama~



Masyarakat melayu lama kaya dengan pelbagai pantang larang.Tetapi ada yang menyekat kebebasan kita kan?? Dan ada juga kedengaran 'tak masuk akal' tetepi kebenarannya dapat dilihat hingga sekarang....

Sesetengah orang melihat pantang larang melayu tersebut tidak lagi sesuai diamalkan kerana boleh memesongkan akidah seperti dalam al jodoh,ajal,rezeki dan seangkatannya.^^ Walaubagaimanapun pantang larang tersebut banyak memberi sumbangan kepada kita dari aspek kesihatan...

1. Contohnya larangan mandi malam ia bertujuan menjaga kesihatan daripada diserang penyakit pneumonia. 
2. Bagi seorang gadis dilarang menyanyi di dapur kerana takut lambat dapat jodoh tetapi ia hanya ingin memastikan mereka fokus terhadap kerja yang dilakukan.Nanti terkerat jari ke,terhempas pinggang mankuk ke..nanti kene bebel la ngan mami terchenta..uhuhu 
3.Larangan meniarap sambil menyilangkan kaki dikatakan ibu pelakunya akan cepat mati.Sebenarnya ia bertujuan ,menjaga kehormatan diri. 
4. Manakala larangan duduk atas bantal yang akan tumbuh bisul itu jga bertujuan untuk menjaga kesopanan diri.tapi kalau da naik betul2 tu tak thu la..hahah...^^dan banyak lagi...

Orang melayu mengadakan pantang larang melalui pengalaman mereka sehingga sebati dengan pemikiran masyarakat dan sesetengah wahyu dari ALLAH s.w.t.Tetapi jika pantang larang tersebut bercanggah dengan agama kita ia patut ditinggalkan...





Wednesday 10 October 2012

Deja Vu Dan Psikik?


  Korang pernah dengar tak tentang Psikik nie?? Deja Vu tu mesti dah kan? Pernah tak korang alaminya? Sha sendiri pernah mengalami Deja Vu nie dan ia  melibatkan kombinasi visual , audio dan persekitaran. Deja Vu yang Sha alami cuma beberapa saat saja.Contohnya pernah melihat sesuatu benda dan dalam masa yang sama mendengar percakapan seseorang.

                                                         Deja Vu~
  Konsep Deja Vu (bahasa Perancis)yang  dalam bahasa Melayu bermaksud “pernah dilihat”. Ahli sains menjelaskan bahawa Deja Vu berlaku oleh kerana kelewatan otak memproses maklumat visual yang diterima. Kelewatan ini memberikan gambaran seolah-olah suasana yang berlaku kepada penerima pernah berlaku sebelum ini.Mengikut kepercayaan bukan islam,mereka mengatakan itu ialah kehidupan dimasa lalu,dalam islam,manusia pernah ditunjukkn semua hidup mereka yg mereka bakal lalui nanti dibumi.Manusia pernah berjanji dihadapan ALLAH pada suatu masa dahulu,adakah anda ingat siapa si fulan bersebelahan dngn anda sewaktu membuat perjanjian dngn ALLAH...ini kerana hati kita sudah dikotori dngn benda-II haram,..sebelum ini kita pernah berjnji pada ALLAH di alam rohani untuk hidup didunia sebagai hamba,menyembah tuhan untuk bekalan hari kemudian (akhirat)

  Profesor Hans Holzer bagaimanapun mempersoalkan bagaimanakah konsep kelewatan maklumat tadi dapat dijelaskan sekiranya ia melibatkan satu pengalaman yang agak lama. Contohnya seseorang boleh menunjukkan arah dengan sangat dalam satu rumah yang belum pernah dilawatinya sebelum ini.Beliau juga ada menyebut tentang Extrasensory Perceptions (ESP) iaitu kebolehan mendapat maklumat awal tentang perkara yang akan berlaku. Katanya kebolehan ini sebenarnya normal dan ada pada setiap manusia, yang berbeza hanyalah kekuatannya.

  Satu istilah lain yang menarik minat Sha ialah Out of Body Experience (OOBE). Profesor Hans Holzer menjelaskan OOBE adalah pemisahan antara fizikal dan spiritual seseorang. Ianya biasa berlaku dalam mimpi. Apabila terpisah spirit (roh?) seseorang boleh melangkaui jarak, tidak ada sakit, dan tidak ada masa. Seseorang itu masih mempunyai kawalan ke atas spirit seperti biasa, cuma tanpa kehadiran fizikal. Oleh kerana OOBE juga, seseorang dapat merasakan pengalaman seperti terjatuh dari tempat tinggi sebelum terjaga dari tidur. Ini kerana kesan dari perubahan kelajuan di mana spirit tanpa fizikal mula menghampiri badan dan masuk semula.Pernah tak korang alaminya??~hm...

                                                          Psikik~                                        
   Ciri II Psiki ialah mampu melihat dari jarak jauh,berbicara dari jarak jauh(telepati),kebolehan membaca aura(perubatan),Penerimaan terhadap aspek keatas perkara yg tidak boleh diterima oleh orang lain mengikut deria yang lain(seperti mampu melihat makhluk halus),pengalaman keluar dr tubuh(pengamal perubtan islam),perantaraan seperti boleh berkomunikasi ngn roh manusia @ haiwan(mcm ctew tv8 ngn Ace Ventura),boleh mengesan sesuatu objek tnpa menyentuhnya..dn bermacam macam lagi .. 

p/s: jika anda ada sesuatu ingin dikongsi  boleh la komen k^^ thanks kepada yang baca dan komen...