Thursday 17 July 2014

Islam Itu Indah

Assalamualaikum whb



Islam itu mudah, TAPI
jangan ambil mudah :)


photo : frm GOOGLE

Pesan Nabi Muhammad SAW


Assalamualaikum . .



NABI MUHAMMAD SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum. Hendak Tahu Kenapa Baginda melarang?

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut, ternyata. Dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2)

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka akan mengakibatkan penyakit jantung.

Monday 14 July 2014

Entry Ramadhan

Assalamualaikum. .


Selamat Petang! 1jam saja lagi. . Tak sabar rasanya kan? tapi dunia sekarang 1 jam tu tak terasa lama pun, Ummi aku selalu cerita yang zaman dia muda mudi dulu, panjang waktu/masanya tersangatlah terasa lama. Kalau puasa tu jenuh tunggu waktu berbukak. Tak tahulah faktor apa yang menyebabkan waktu sekarang cepat berlalu. Kekadang tu rasenye baru pukul 12 tengok tengok dah pukul 2. Tapi tapi, ganda jadi *tetapi, bulan puasa ni semestinya masa tu terasa lama nya nak berlalu kan? kecuali lah yang suka tido, nak berbuka baru bngun. tu kalau ada yang kejut la kan? ? Lepas balik sekolah tu terus cari katil. No no, xbaik macam tu. Tido pun ada had jugak. Memandangkan esok cuti untuk Nuzul Al Quran, maka terajin la aku untuk menaip hari ini. *mood sambung cerpen ^^ 

Masa cam ni mesti orang tengah prepare untuk iftar kan? Wah. .ada pelbagai jenis lauk pauk la tuu. . Max 5 jenis lauk, 6 jenis kuih 3 jenis air? untuk seorang? gelojoh namanya. last2 kasi kat tong sampah. itu la salah satu ujian di bulan Ramadhan. Sepatutnya, kita contohi nabi Muhammad SAW


“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad


banyak sangat khasiat buah kurma/tamar  ni

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW


Rugi sangat sesiapa yang tk suka makan kurma. Tapi x suka nak paksa pulak ke?
muntah pulak kan. .


:: Beberapa khasiat Kurma

 Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

 :::SELAMAT BERBUKA::