Wednesday 23 December 2015

Tips Bergaya dengan Sneaker

Assalamualaikum



Jika ramai wanita memilih koleksi high heels sebagai kasut pilihan mereka, ada juga segelintir wanita yang masih meminati pemakaian sneaker. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang gemar berpakaian kasual dan ingin bergerak aktif. Seperti yang kita semua ketahui, koleksi sneakers merupakan jenis kasut yang paling selesa dipakai kerana mempunyai struktur tapak yang rata dan juga memberi sokongan kepada kaki si pemakai. Namun, bukan semua pakaian boleh anda gayakan dengan pemakaian sneakers wanita ini, contohnya seperti baju kurung, jubah moden dan pakaian tradisional yang lain. Contoh pakaian yang anda boleh gayakan dengan koleksi sneaker wanita adalah seperti;



Pertama sekali, anda boleh memakai koleksi sneaker dengan padanan leggings, yoga pants or even chino pants! Ini lah kasut yang paling sesuai untuk anda gayakan during your lazy days.




Gaya kedua pula adalah kombinasi yang paling terbaik iaitu pemakaian jeans dan t-shirt seperti berikut. Sneakers dan jeans adalah padanan yang paling ideal!


Jangan fikir sneaker hanya boleh digayakan dengan pemakaian seluar sahaja, kerana sneaker juga boleh digayakan dengan pemakaian skirts seperti berikut.


Malah juga menarik untuk dipadankan dengan koleksi maxi dress yang sesuai untuk gaya kasual anda.


Dan untuk gaya yang lebih santai dan laid-back, tampil bersahaja dengan padanan sneaker anda bersama pemakaian koleksi jumpsuits.



Thursday 3 December 2015

F.R.E.E.D.O.M

ASSALAMUALAIKUM


Mood bercampur baur pada saat dan ketika aku menaip entry ini . //Hakhak
Ok. SPM dahhh habissss~ So exciting. Hilang dah segala stress. Alhamdulillah. ianya berakhir dengan baik biarpun diriku menduduki exam sambil ditemani flu . Uhhh. 

Ended . 30/11/2015. 18Safar1437. 330 p.m / Biology

Tak boleh nak gambarkan betapa happy masa tu. Dimana ku menghayun langkah untuk keluar dewan awal 12 minit daripada masa yang ditetapkan. Haahah. //Baget siap awal. Bak kata kawan aku. Daripada bazir masa duk tenung orang lebih baik blah. Sebab sesi check jawapan and tambah apa yang patut dah selesai ~ 

Lepas semua rakan seperjuanganku dibenarkan keluar daripada dewan, pelbagai aksi dan ragam yang dapat aku record dalam kotak ingatanku . Pengawas siap rakam telatah kami. Whuhu. .Ada yang melompat sampai tergelincir atas rumput yang basah sebab lepas hujan. Ada baling pen. Tak lupa la jugak yang wefie. .Aku dan kawan2 jumpa cikgu bio . Jyeahh. Pergi mengadu dan cerita apa yang aku jawab. And bercerita sambil senyum2 and bergelak ketawa. 

Happy sebab freedom . Habis SPM dah. Dah besar. hakhak. Hari2 boleh tengok Kdrama. Install IG, Facebook balik. Mengadap Lappy balik. Buku dah tak bertambun atas meja. Ku susun rapi di lemari. Kertas nanti nak pi recycle. 

Walaupun aku tahu lepas ni akan wujud waktu dan ketika yang lebih mencabar. SPM hanyalah permulaan untuk memulakan langkah yang lebih besar. Semoga dipermudahkah :D

Masa dulu-dulu sebelum SPM dan ralit berbincang dengan kawan, betapa nak pi cari kerja lepas SPM. haha. Nak kumpul duit bebanyak. Tapi rasanya tak tercapai. haha. Macam hilang feel dulu2 tu. Yang pasti sekarang ni duk goyang kaki kat rumah. Adehhh, aku bukan anak dara yang macam tu. *Grin. *Nosepick .

Jalga~