Friday 27 December 2013

Cerita yang Penuh tauladan dan nasihat

~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~

Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013 (Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14 Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013 (Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013 (Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya 


Nota :: Sedekahkan al Fatihah buat Allayarhamah ^_^


Credit to : Penceus Ummah Yeop 

Sunday 22 December 2013

Syukur Alhamdulillah

 

 Assalamualaikum ,

 


 Siapa Ambik Exam PMR tahun ni angkat kepala, hukhuk, kepala lutut oke? 

Huraian untuk Tajuk post hari ni adalah , aku bersyukur sangat ke hadrat ilahi 

kerana memberi peluang kepada Aku untuk membuat kedua orang tuaku 

bangga denganku, semalam punya semalam yang bersamaan 19/12/2013, 

result PMR sudah dikeluarkan oleh pihan kementerian pelajaran. Dan syukurlah 

result aku tak teruk ! Haha.. Baguslah la kan? Aku sempat kutip 6 je A tu. 

Yang 2 lagi aku berbesar hati sedekahkan untuk orang lain. Bukan rezeki 

aku la katakan. Tapi aku tak kuhciwa makan hati berulamkan jantung pisang

 sebab Target aku just 5 A 

Keatas, sebab apa tak mau target banyak2? Sebab takut kecundang sama seperti 

3 tahun yang lepas. Biarlah sejarah tidak berulang :D 


Nota : Kepada sesiapa yang berjaya dalam peperiksaan ni, aku ucapkan 

          bebanyak Tahniah, Kekalkan untuk 2 tahun akan datang ye? Dan 

          kepada yang tak berjaya jugak aku  ucapkan Tahniah , Takpe SPM

          masih ada, buktikan yang anda mampu untuk  berjaya. SPM  

         penentu segalanya *ececeh . Selamat Berjaya  

 // Semangat for next year, aku berazam akan belajar bersungguh-sungguh dan tak nak 
     main- main seperti 3 tahun ni. In Sha ALLAH . 

Sunday 17 November 2013

Mr. Montel Kesayanganku (Cerpen Ke-2)


Assalamualaikum

 


   Laju kakiku memanjat anak tangga menuju ke arah kelasku yang berada di tingkat 2. Kelas start jam 9 pagi dan sekarang dah 9.10 pagi.‘Mampuslah aku kena hentam dengan Prof Maya kali ni! Mahu terkincit aku dijerkahnya nanti!’

   Dalam aku terkocoh-kocoh mendaki anak tangga, tubuhku hampir melayang dirempuh dari belakang. Fail yang aku pegang juga berteraburan di lantai. Seseorang lelaki yang merempuhku terus beredar tanpa memberi pertolongan. Tapi sempat aku melihat wajahnya.

   “Ya Allah! Malaun mana pulak langgar aku tadi?! Nak rasa penampar sira aku ke apa? Siap kau! Aku cari sampai lubang cacing, even lubang hidung pun sanggup aku cari! Saja cari gaduh kan? Time cam ni la bala nak datang.” Rungutku sambil mengutip kertas yang berselerakan .

   Sesampai saja ke kelas. Semua mata memandang ke arahku.
   “Cik Alya Humaira Bt Zakaria. apa alasan awak kali ni? Kucing beranak? Nenek sedara nak kahwin?       Awak tahu tak sikap awak boleh menyebabkan pihak kolej mengambil tindakan yang lebih berat? Walaupun awak tergolong dalam bilangan top student but you have to change your attitude! Macam mana nak Berjaya kalau sikap macam budak sekolah menengah? Baru semester satu dah nak tunjuk taring? Ok sebagai denda awak yang kena present untuk topic hari ni.” selesai saja syarahan pendek daripada Prof. Maya yang garang mengalahkan moyang singa tu , beberapa orang pelajar ketawa mengejek aku.

------------------------------------------------------------------

   Seminggu saja lagi exam penting akan berlangsung, aku bertungkus lumus belajar untuk mengekalkan 4 flatku. Tapi fikiranku seolah-olah susah untuk memerima apa yang aku baca. Raut wajah Malaun yang melanggarku tetap di mindaku. AMMAR RIFQI. Bila aku ingat Malaun tu, confirm bayangan Ammar Rifqi, si montelku tergambar. Tapi malaun tu fit je, budak montel tu of course fat kan? ‘Dah-dah la Maira! Study!
   “Maira! Busy ke? Teman aku gi library jap, nak cari buku jap.” ajakan Munirah mengganggu kekusyukan aku mentelaah buku-buku di hadapanku.

   “Memanglah cari buku kat Library, takkan cari kuih kot! Malasla, nak study ni.” Ajakan Munirah aku tolak sebab kalau pergi sorang-sorang pun takkan jumpa hantu siang hari macam ni!

   “Chill la babe, asal tension-tension ni? Kau top student kan? study last minute pun boleh ngap jugak? Lagipun gi time camni la abang-abang senior lepak kat court tenis sebelah library tu, boleh cuci mata sat!” terjegil biji mataku mendengar temberang sebenar si Munirah ni.

   “Gurau je la.. lagi pun salah ke? Jom la. Aku tahu kau pun nak cari buku kan?” sambung Munirah lagi.

   “ A’Ah kan, aku memang tengah nak cari buku sekarang, buku lima. Nak kasi kat kau! Gatal bukan main kan? Okey , dengan satu syarat. Esok kau belanja aku blueberry cheese cake, lama mengidam. Tapi budget bulan ni dah lari, sebab kau la jugak! Pujuk aku nak beli album Kpop” Aku letak syarat terbaik! Jimat duit aku. Huhu..

   “No prob la babe, pasal mengungkit nombor satu la kau ni kan! Kita janji nak share kan? Haishh.” Keluh Munirah.

-------------------------------------------------------

   Semasa perjalanan ke perpustakaan , sempat Munirah main mata dengan seorang senior hot kat kolej kitaorang. ‘Gatal ni ,bukan garu ubatnya ! Smackdown la penawarnya’ Gumamku dalam hati . Tiba-tiba aku ternampak seseorang yang macam familiar saja sekaligus kejadian aku dilanggar oleh malaun tersebut terlayar di mindaku kenangan 6 tahun yang lalu menerjah kotak fikiranku. Masa aku berumur 17 tahun, yang baru mengenal apa itu cinta. Tapi tak dapat aku luahkan dengan kata-kata, tapi aku digelar pembuli disebabkan olehnya.

   “Weh, budak gemok. Banyaknya kau makan, pelahap betul! Melantak je kerjanya, mana badan tak jadi pelampung!” Sejurus dengan kata-kataku disambut dengan hilaian ketawa sahabatku.

   Terus dia bangun dan beredar. Aku dan 5 orang sahabatku masih ketawa . Tak pernah aku fikir perasaannya, aku cuma ingin sentiasa berhubung dengannya. Walaupun dia chubby, montel dia tetap comel dan cute dimataku.

   Pernah sekali dia tidak datang ke sekolah seminggu kerana merajuk dengan kata-kataku. Sejak dari itu aku berhenti mengacaunya.

   Pernah jugak aku mengenakannya dengan prank tak menjadiku. Mana tak jadi aku tersalah letak serbuk cili dalam minuman kawan Ammar, iaitu Taufiq merangkap pakwe Lisa yang juga sahabat dunia akhiratku. Mahu tak mengamuk Lisa sebab air tu dibeli oleh Taufiq untuk dia. Salah dia jugak, yang pemalas sangat nak beli sendiri tu kenapa?

   Dalam aku mengelamun panjang, “opocot !” Boleh pulak aku tersepak batu. Terkejutku dibuatnya. Munirah jugak terkejut apabila dengar aku melatah. Dan aku kehilangan bayangan `malaun’ tadi. Takpelah bukan jodoh kot.

   Aku terus melabuhkan punggung di kerusi perpustakaan untuk menyambung pembacaan aku tadi. Tiba-tiba kerusi di hadapanku ditarik dan aku malas untuk mengambil tahu akan siapa penghuninya. Kedengaran orang    yang berada di hadapanku berdehem . ‘Sakit tekak ke apa?’

   Lain macam je aku rasa. Macam diperhatikan je? Aku mengangkat wajah, tak semena terkeluar“Oh My God !” dari dalam mulutku . Terlopong aku melihat ‘Malaun’ a.k.a Mr Montelku! Dia perhatikan aku!        Apasal gemuruh bagai ni Maira! Chill la..Cool..Control! Tapi dah terlambat. Sadiss siot! Dia gelakkan aku!

   Decide now, Mirah! Nak blah ke sambung baca? Ya Allah, tak pernah ada istilah kelam kabut dalam kamus hidup aku! Tapi kenapa la , aku boleh nervous bagai depan Mr Montel yang dah slim ni? Tapi kalau aku blah lagilah nampak yang aku ter`nervous’ depan dia . Sokay!Relax!

   “Hello! Are you okey,dear?” sambil melambai-lambaikan tangan di hadapanku dia bersuara . Mak dato’. Dia panggil aku dear ? Ingat aku rusa ke apa?!

   “Sejak bila Sindrom berangan merebak dalam tubuh cik Maira ni? By the way , awak kenal saya lagikan? Ammar Rifqi, rakan sekelas awak yang sentiasa menjadi bahan gelak tawa geng awak dulu. Nice to meet you again” Katanya bagaikan tiada apa perkara terjadi antara kami suatu ketika dahulu.

    Bila aku ingat balik peristiwa aku purpose dia untuk jadi pakwe aku, memang rasa bodoh saja. Tapi aku betul-betul nak kenal dia lebih dekat. Dialah lelaki pertama yang berjaya masuk ke dalam pintu hati aku. Aku purpose dia lepas dapat result SPM, semasa semua orang bergembira dengan result masing-masing. Aku melihat dia termenung dan keseorangan, dengan perasaan berdebar aku menghampirinya. Selepas bertanyakan keputusan peperiksaan masing-masing aku meluahkan perasaanku. Aku berasa lega kerana akhirnya terluah segala isi hatiku. Tetapi malang, dia tidak mempercayaiku malah mengatakan bahawa aku sengaja ingin mempermainkannya. Sedih! Kecewa! Itu yang aku rasa. Sejak itu kami tidak berhubung sehinggalah hari dia langgar aku kat tangga.

   “Ha..Hmm..Ammar, apa khabar sekarang? Lama kau menghilang! Hehe..” Aku berkata lantas menghambur ketawa plastik.

   “Kenal lagi awak kat saya. Alhamdulillah sihat, kalau tak takde la saya kat sini.Ye ke saya menghilang? Awak pernah pernah cari?” Jawabnya selamba.

   “Lagipun siapa la saya ye? Budak size XL saja.” nada suaranya masih selamba walaupun ayat yang di lontarkan semacam berjauh hati.

   “Ouh. Haha, Okey la. Saya ciau dulu.” Ujarku sambil mengemas barang-barangku dan terus beredar. Erk ter`saya’ pulak.

   Tapi sempat telingaku menangkap ucapan terakhir darinya“ Okey, See you next time!”‘Huh , tak ingin aku jumpa kau lagi! POYO!’
-------------------------------------------------
   Peperiksaan berjalan lancar, aku tenang menjalani hari-hari peperiksaan tersebut. Tetapi selepas habis sahaja hari peperiksaan aku diganggu dengan mesej-mesej jiwang daripada nombor yang tidak dikenali.

   Keesokan harinya, aku menghadiri kelas latihan Taekwondo di Kolejku yang lama aku tidak hadiri disebabkan peperiksaan. Aku diberi tahu yang ada ahli baru yang mengikuti kelab itu . Kelab ini berada di bawah naungan WTF. Aku memegang tali pinggang hitam. Terkejut aku apabila melihat ahli tersebut adalah Ammar!

   Sepanjang sesi latihan aku tak keruan kerana terpaksa berpasangan dengan dia untuk membuat latihan sepakan dengan menggunakan focus pack. Pelatih terpaksa memilih aku dengannya kerana hanya aku black belt yang hadir di kelas latihan pada hari ini. Dengan kata lain aku dan dia. Adoiyai! Kalau nak ikut ketinggian, memang tak sesuai la aku dengan dia sebab untuk latihan itu kita kena pilih partner yang sama ketinggian. Aku rasa, aku ni paras bahu dia saja kot.

   Semasa melakukan beberapa step sepakan yang digabungkan, aku dengan sengaja sepak tangan dia. Hahaha…Padan muka!

   “Eh, sorry..Sorry. Mari rest dulu la. Kesian awak. Nanti lebam tangan awak!” Ujarku kerana aku tahu tangan dia sakit sebab aku kasi power kick punya! Nasib Kau la!

   “Sokay je, dah biasa. Power awak kick! Berdenyut tangan saya.” Dia menjawab seolah-olah tahu yang aku sengaja. Aku garu kepala yang tidak gatal.

   Dua jam sesi latihan itu tamat. Pukul 6 petang itu, ramai siswa siswi yang beriadah. Ada jugak duk bermadu kasih! Menjadi seorang mahasiswa tidak mudah ! jadual sentiasa padat.

   “Maira! Ada kelas ke lepas ni?” Terkejutku dek sergahan itu. Aku mengurut dada.

   “Assalamualaikum! Takde. Kenapa ?”ucapku kasar.

   “Jom, lepak kat café! Lama dah nak berbual ngan awak!” Dia memandang tepat ke arah anak mataku membuat hatiku berdebar-debar. 

  “ Takpe , saya belanja!” Sambungnya lagi.

   Dengan mudah aku terima ajakannya. Tak tahu kenapa, mungkin sebab aku rindu dia? Ahahaha…apa kau melalut tak tentu pasal ni? Setibanya di café dia menarik kerusi untukku . ‘Wah nak tunjuk gentleman depan aku pulak’. Dengan bersahaja aku duduk disitu.

   “ Awak nak minum apa? Makan ?” Tanyanya lagak seorang waitress. 

   “Apple Juice, makan nope. Thanks!”

   “Tu je? Order la lagi. Bukan senang nak tunggu saya belanja. Okey saya beli blueberry cheese cake la ya ? ” Dia beredar sebelum aku memberi jawapannya .

   Teringat pulak janji Munirah nak belanja cake tu tapi tak jadi sebab aku cabut lari masa kat library hari tu. Mengamuk sakan dia. Dalam aku mengelamun , Ammar sudah sampai di meja dengan dulang di tangannya. Dia duduk dan menyerahkan sepotong cake dan Apple Juice untuk aku.

    Sambil makan kami berbual. Baru aku tahu dia ambil course Architecture. Bakal architect rupanya. Dan aku bakal doctor. Dia sambung masters di kolej ini, katanya.

   “Maira, saya tahu awak memang tumpukan kepada pelajaran. Tapi sudikah awak menjadi calon untuk menjadi Ummi kepada anak-anak saya nanti?” Bagaikan arus elektrik mengalir laju dalam tubuhku saat dia menyatakan hasrat tersebut.

   “Memang saya akui yang saya pernah jatuh hati kat awak dulu. Tapi saya cuba buang rasa tu sebab sikap awak tu. Saya rasa memang kita langsung tak sepadan. But when you’re saying that you love me. I fell like my whole world is so beautiful. Tapi saya takut, saya tak berani untuk mempertaruhkan perasaan saya. Tapi 6 tahun saya simpan perasaan saya.” Memang aku ambik masa yang lama untuk hadam perkataan dia . Tambah pula lidah aku dah jati ketul ais sekarang ni.

   “ It’s okey if you want to take time to think about this. At least you know about my feeling.” Dia mengerdipkan sepasang matanya dan aku terpukau dengan pandangan redupnya.
------------------------------------------
   Seminggu aku cuba jauhkan diri daripadanya, tapi aku gagal sebab.. sebab aku memang dah jatuh cinta padanya. Pada petang itu , dia datang menjumpaiku. Sedaya upaya aku control ayu.

   “ Maira, saya datang nak beritahu yang saya terpaksa pergi ke Australia untuk temani ibu saya yang sakit dan mungkin saya akan sambung belajar kat sana. I just want to say Good Bye. All the best! Capai cita-cita awak.” Dia menghulurkan sebuah kotak yang sederhana besar kepadaku.

   “ Apa ni ? Take care ya . Ouh , ibu awak yang ada tumor tu ke ? Saya harap ibu awak selamat dan teruskan hidup !” Bermacam rasa yang aku rasa sekarang ni . ‘Adakah ini kesudahan cerita kami?’ bentak hati kecilku .

   “ Hadiah , maybe kenangan terakhir . Yup , in sha Allah . Saya pergi dulu .” Ujar Ammar lalu berlalu dari tempat aku berdiri . Dengan sayu aku menghantar kepergian Ammar dengan pandanganku .

   Aku terus memasuki bilik asramaku dan membuka kotak pemberian Ammar . Terdapat satu Teddy bear kecil dan seutus surat . Dengan pantas aku membukanya .

Assalamualaikum …
Saya tahu saat awak baca surat ni saya mungkin akan pergi jauh dari awak. Susah nak cakap apa perasaan saya sekarang. Tapi percayalah saya akan datang berjumpa dengan awak setelah semuanya selesai. Ibu saja yang saya ada dalam dunia ni, selepas Papa tinggalkan kami, hidup kami sangat susah sehinggalah Ibu berjaya mengusahakan sebuah restoran untuk menampung perbelanjaan kami. Sejak umur 15 tahun lagi saya belajar hidup susah tanpa ahli keluarga yang lain. Sedih sangat bila tahu Ibu ada tumor, saya hanya harapkan Papa sahaja untuk membatu Ibu untuk membuang tumor tersebut. Harap dia masih mengenali kami lagi walaupun sudah berpuluh tahun meninggalkan kami.
Seperkara lagi, INI BUKAN PENGAKHIRAN kisah kita. Saya harap awak masih memikirkan jawapannya dan saya akan tuntut JAWAPAN tu apabila kita berjumpa nanti !! INGAT ! Janji dengan saya, awak takkan lupakan saya! Jaga hati! Jaga perasaan. Nantikan kemunculan saya! Sampai sini saja. Sebab saya tak pandai nak hurai panjang2. Huhuhu :D

Salam Sayang : Ammar Rifqi 

   Zap!! Aku koyak surat tu sampai hancur lumat! Sebab aku taknak kenangan ni menghalang kejayaan aku! Jiwa aku kuat , aku takkan nangis! Sampai hati kau buat aku macam ni! Jangan ikat aku! Tapi aku percayakan kau! Gapailah kebahagian kau walaupun kau biarkan aku terkapai-kapai seorang diri. Aku mengukir senyuman sambil memandang bear kecil di atas mejaku. Sweet jugak mamat ni. Haha…Aku menyapu air mata yang hampir menitis .


        3 TAHUN KEMUDIAN..

    Aku memandang ke dada langit dan menghirup udara yang kurang segar di luar dewan kolejku. Mama dan papa yang hadir turut mengembirakan hari yang begitu bermakna dalam hidupku. Kini aku sah bergelar seoarang Graduasi dan seorang Doktor .
  
      “Mama, Alya kena pergi sana kejap. Kena jadi model free jap.Tunggu sini tau ! Ingat ! Tadi kata ada surprise . Excited ni.” Ujarku setelah seorang rakan seperjuangan datang memanggilku.

   “Okey sayang! Muka tak semenggah nak jadi model? Haha..” Jawab mama yang paling rapat dengan anak tunggalnya itu .

   “Mama! Muka Maira yang mix Korean ni boleh kata tak semenggah?” kataku sambil meng`kiut’kan wajah. Aku membetulkan shawl yang ku pakai . Aku mengatur langkah ke arah mereka .

   “Say cheese! Smile cantik2 okey.” kata salah seorang lecture selaku photographer .

   “Asyik2 cheese ! Tak best la. Kita sebut keju pula nak?” Terhambur ketawa darpada semua orang .

   “Okey la Mimi, aku pergi kat parent aku jap, bye!” Ucapku.

   “So, dimanakah surprise itu wahai mamaku sayang?” Aku menyergah mamaku.

   “Teruknya perangai! Ni confirm awal-awal lagi kena reject kat bakal mak mertua.” Seloroh mamaku.

   “Dah dah, layan korang dia beranak mati kelaparanla Papa kat sini, Maira kata nak surprise kan? Jom la gerak sekarang?” Setelah papa bersuara kami semua terus menuju ke arah restoran berhampiran.

   “La..Makan kat sini je ke surprisenya? Tak syoklah.” Kataku setelah sampai di restoran tersebut.

   “Jangan mengeluhlah ! Tak baik. Hurmm.. Ramai pulak orang, dorang kata meja nombor 11 kan?” Mama ni cakap tak serupa bikin, dia pun mengeluh sama. Apedah? Dorang? Siapa pulak tu? setelah mama menunjukkan meja nombor 11, jantungku pantas berdegup kencang. Ammar Rifqi! Kenapa dia muncul masa ni? Sejak bila mama dan papa aku kenal dia?

   “Assalamualaikum Dato’ dan Datin, maaflah terlambat. Maira ni la banyak ramagamnya! Jadi model free la, katanya sekejap. Tup tup dekat 30 minit jugakla.” kata-kata mama disambut dengan gelakan dua orang yang berada di samping Ammar Rifqi, Ammar hanya tersenyum.

   “Assalamualaikum Datin, Dato,” Aku menyalami perepmpuan yang hampir setengah abad itu.

   “Waalaikummussalam Maira, apa Dato’ Datin ni, panggil ibu dengan papa saja,” Dahiku berkerut mendengar jawapan ikhlas itu. ‘Alamak! Apa kes ni?’ getus hatiku.

   “Jemput duduklah Encik Zakaria, Puan Haslina. Kami dan order makanannya, harap bakal besan kita ni suka la.” Kata lelaki dihadapanku. Ni memang surprise yang betul-betul mantop !

   “Kenalkan ni Dato Mukhriz , ni isterinya Datin Mariah, Maira mesti kenal anak lelaki mereka, Ammar Rifqi.” Ujar mama lembut. ‘Kenal sangat, ma!’ jawabku dalam hati. Selesai menjamu selera, mereka bersembang sepuas hati. Dan aku ni dok cover nervous. Aku mendongakkan kepala dan secara tak sengaja aku dan Ammar bertentangan mata buat seketika. ‘Dia ni spesis mata juling kan? Nak tembus muka kiut aku dia tenung’

  “Saya datang nak tunaikan janji, dan saya yakin dengan jawapan awak .” bisiknya perlahan sambil tersenyum.

----------------------------------
   Aku sekarang bergelar isteri kepada Ammar Rifqi, terkejut aku bila dikhabarkan yang aku dilamar oleh keluarga Ammar. Majlis yang cukup meriah dibanjiri dengan tetamu daripada ahli keluargaku, sahabat handai. Tak lupa juga pihak lelaki, tetamu VIP juga turut hadir.

   Majlis yang berlangsung merupakan 3 bulan dari tarikh aku grad, Terlalu pantas. Sekarang aku bahagia disampingnya, yang ditakdirkan oleh Allah untukku. Banyak kali aku lakukan solat istikarah. Semoga aku tetap menjadi bidadarinya di Jannah nanti.


                                - Tamat -

PS : Ni Yang kedua , Boring sikit . Maybe :( Hihihi Enjoy it ! Cerpen ni separuh real separuh rekaan and sorry for my broken english . Komen la untuk perbaiki cara penulisan saya . Terima Kasih 

Tuesday 12 November 2013

Encik Pencuri Payung a.k.a Encik Pencuri Hati !



   Laju kakiku melangkah ke arah deretan kedai bersama sekaki payung berwarna unggu cair. Hujan lebat menyukarkan perjalananku . Payung pemberian arwah tunangku yang telah pergi selama 3 tahun menjadi kenangan yang terindah aku bersama dirinya.aku menyandarkan payung di luar kedai yang aku tuju . Telefonku berbunyi

     
   “ Hello Mya , cepatlah sikit ,mama nak guna sekarang manik-manik tu , petang nanti customer dah nak mari ambik dah , haih ,boleh pulak habis stok , buat kerja macam mana la si Dila tu” Mama menyerang guna peluru berpandu .

   
    “Ok ma, Mya dah nak masuk dah kedai ni.” Jawabku ,terus aku matikan telefon.

Setelah siap aku membeli, aku terkejut kerana payungku dah hilang . Aku terlihat ada seorang lelaki memakai kot hitam mengambil payungku .

   
     ”Hoi ! payung aku tu ,Hoi pencuri !” semakin cepat langkah kaki lelaki itu ,tanpa mengendahkanku , dia meneruskan perjalanannya. dasar lelaki tak guna !  Aku sempat mengejarnya tetapi malang tak berbau ,aku jatuh tergelincir bagai nangka busuk! Adoi..ada sesetengah orang gelakkanku . Malunya.

Sampai di butik mama aku terpaksa menadah telinga mendengar bebelan mama. 

   “Mama .Mya tak sengaja okey , ada orang curi payung Mya .” kataku usai menyalin pakaian yang basah kuyup .’siap kau pencuri payung,aku jumpa kau ,nahaslah!’


-----------------------------------------------


Aku memandang dada langit yang dihiasi bintang .

    “Haa..!" sergah seseorang dari belakang 
   
    “Hoi ! kau memang nak aku jalan dulu kan !” marahku.


    “Alala..cik kak cantik manis merajuklah ,sorry la,I gurau je”


    “Gurau pun agak-agak la ,babe ! Terkejut beruk aku tahu tak?! Dah malam buta macam ni ,apehal kau menyemak sini cari aku?”soalku kasar .Aku tahu ‘makcik’ Dayana ni tak terasa langsung , aku kenal dia dah 10 tahun sehingga sekarang umurku mencecah 24 tahun,  Walaupun dia sebaya denganku , ternyata dia lebih matang ,dia menjadi saksi kesedihanku saat arwah tunangku pergi untuk selama-lamanya.Lama kami berbual,aku menceritakan apa yang terjadi siang tadi, Tunggu apa lagi minah tu start la bunyi hilaian langsuirnya.


    “Yang kau gelak sakan cam Pontianak nak beranak ni kenapa?”sentap hatiku


    “Haha,dah kau yang cantik jelita lagi menawan ni jatuh tersembam ,rugi aku tak tengok! Eh Pontianak gelak eh time nak beranak? Baruku tahu.. ahahaha”

      

    “Babe ,malam esok teman aku jumpa client papa , aku takut pergi sorang. Aku kene gantikan papa sebab dia outstation minggu ni. Nanti aku belanja Mc.d la ,erk?”ujarnya sesudah hilang tawa .


     “Asal aku kene teman kau ni? Sejak bila la client kau tu makan orang?”soalku malas


     “sejak semalam punya semalam lagi sebenarnya “ loyar buruk pulak minah ni.  
     
     “ Tak la , dia lelaki , muda lagi ,aku taknak timbul fitnah pulak , eh bukan ..takut my baby boo tahu , naya aku ! boleh erk” Sambungnya lagi .


    “ Kenapa la kau tak pergi sorang-sorang? Leceh la, boring tau tak ,kau takpe la duk discuss ,then aku duk sorang-sorang “ muncung sedepa minah ni dah keluar .


   “Ala ..please la ! please ,.nanti aku janji aku belanja kau ! aku takut irfan tahu , dia tu kuat cemburu sikit , kalau dia merajuk sape nak pujuk?aku jugak kan.” Pakwe kau ,kau kisah la sangat ,aku kau tak kisahkan , macam ni la kawan !


   “Hmm..okee la ,janji tau ! pukul berapa? Pergi dengan kereta kau eh?nanti teman aku pergi kedai buku ,nak tambah koleksi novel sikit”


    “No prob la babe ! nanti dengan kedai-kedai Mc. D tu aku belanja untuk kau ,kau tapau la biar kenyang” kawan aku ni memang nak kena!


    Malam dijanjikan dah tiba ,aku dan Dayana melangkah masuk ke restoren mewah dan mencari meja yang ditempah ,kelihatan client papa Dayana dah sampai ,ralit dengan handphone di tangan ,dia tidak menyedari kehadiran kami. ‘macam pernah kulihat’!


    Hampir satu jam Dayana bersama clientnya ,yang memperkenalkan diri sebagai Zarif berbincang itu dan ini ,dan seperti yang diagak aku dibiarkan sendiri melangut kat meja sebelah sebab taknak jadi pengganggu . Serius wajah dorang berdua semasa berbincang. Hampir pukul 9 mereka siap berbincang itu dan ini ,aku takut tak sempat beli novel . Masa ni jugak kereta Dayana buat hal ,aku merengus geram

    “Habis macam mana ni?” Dayana dah stress aku ambik jalan mudah taknak stress-stress ,


    “Hye girl, kenapa tak balik lagi?”soal Zarif dari dalam kereta Mercedes Benznya, cermin kereta diturunkan . ‘hensem pulak aku tengok dia’


    “Kereta buat hal ,”ujar Dayana


    “Ouh , jap I cek ." Seusai membelek apa yang patut kat kereta Dayana “Masalah bettery ni ,mungkin workshop dah tutup so, kita tinggal je kereta kat sini then I tumpangkan you all,lagipun saya takde alat nak repair.” Dia tetap cool .


    “Tak payah susah-susah la, saya boleh call parent saya," ceh, parent aku semua balik kampung , 

     “Tak ,parent kau la Yana” aku tersengeh . Dayana mngeluarkankan galaxy s4nya.


     “Mama tak jawap, call rumah pun takde orang nak angkat" lama kemudian ,kami ambil keputusan untuk menumpang Zarif.


    Seusai duduk di seat belakang ,aku dan Dayana berpandangan , “Eh , saya bukan driver korang “ujar Zarif , melihat kami beradu mata ,lelaki itu berkata” its okee la, just kidding “ senyumannya amatlah mencairkan hati . Zarif memandu tenang.  Aku membetulkan shawlku , tanpa disangka , aku terlihat payung kesayanganku,
   
    “Tumpang tanya encik Zarif , ni payung cute ni sape punya ?”aku menyoal lembut.


    “Payung nenek,why?” ‘pandai kau menipu!’


    “Ouh nenek yang duk kat kedai jahit tukan?” sinis aku menyoal, “ So,kau lah yang curi payung aku !” Dia mengerling ke arahku,


    “Sape kau nak curi payung aku ha?takde adab betul kau kan?”hilang dah encik-encik ni


    “Sorry ,cik Mya, I betul-betul mintak maaf, I ada meeting time tu ,”


   “Kau tahu tak aku dimalukan di khalayak ramai sebab kau!” Aku ambil payungku dan terus memukul lelaki itu .

   “Mya ,weh jangan la ,mati anak orang kang! Jadi pembunuh pulak kau!"  Dayana cuba menghalang aku ,

Kereta diberhentikan di tepi jalan. Tetiba aku terpukul didahinya,darah yang mengalir dengan laju mengingatkan kembali insiden yang berlaku antara aku dan tunangku , aku trauma .Tanganku menggigil dan aku tidak sedarkan diri.


  Cahaya samar-samar mengganggu lenaku . "Mya ,Mya dah sedar !”suara mama penuh prihatin menenangkanku kerana aku rasa tempat ni terlalu asing .


   “Mya kat mana ma? Mama dah balik dari kampung?”soalku kehairanan.


    “Mya kat hospital,semalam Mya pukul orang ,Tapi Mya yang pengsan , dah jadi samseng Mya ni kan “ mama mengusap kepalaku.


    “Mya okee la ma,no worries ok?”ujarku  . Pintu bilik dikuak . Terjengul kepala Zarif ,aku menarik muka.’ Buat apalah mamat ni? Takkan  nak sound aku?’


    “cik Mya , I’m so so sorry , saya tahu saya salah and luka ni sikit je, tak terasa langsung ,so saya dah maafkan awak la” dahinya yang berbalut aku pandang .


   ‘Ade aku minta maaf ke?’desis hatiku,  "Hmm,..ouh, tak sakit ke? Tak Tanya pun,”jawabku acuh tak acuh.

  ------------------------------ 


   Seminggu kejadian aku pukul orang berlalu , aku ambik jalan positif ,aku nak lupakan apa dah jadi. And sekali seumur hidup aku dengan baik hati memaafkan orang dengan sesenangnya walaupun payung kesayanganku hampir nak rosak. Bengang jugak aku mula-mula tu , sekarang aku dengan rasminya jadi fashion designer kat butik kepunyaan mama dengan segulung ijazah . Seringkali ada je bunga-bunga rose dan nota dari Zarif untuk memohon maaf dariku sedangkan aku dah maafkan dia. Dayana cakap nasib baik tender dari syarikat Z holdings dah dapat ,kalau tak papanya mesti mengamuk .

‘Kau ibaratkan bunga mawar yang indah , cantik dan menawan sehingga menawan hatiku,tetapi kau sukar ku genggam kerana durimu amat menyakitkan’ sms yang kuterima saban hari mengindahkan hariku walaupun puisi yang amatlah berterabur,

   “eh..sape ni?hah, jangan-jangan perogol bersiri kut,saja nak perangkap aku !”

   
     “Mya sihat tak hari ni?Risau mama , cakap sorang-sorang ,tersengih-sengih” ujar mama sambil melekapkan tangan kedahi ku ,

     
     “Mama!! “ bentakku.

    
     ”hehehe..Ni bunga rose putih ,admire kasi” bunga bertukar tangan.

   
     “Sape kasi ni Ma?" 'Cintaku ibaratkan mawar putih, suci ,bersih dan ihklas hanya untuk dirimu ,Have a nice day ,dear -z-!' aku membaca  perlahan yang disisip di bunga itu ,eee…romantiknya. Hati perempuan mana tak tersentuh kalau diperlakukan sebegitu , sape z?

Zarif? Tapi apa motif dia ? memang akhir-akhir ni perasaanku jadi tak tentu arah kalau terlihat dia,lagi-lagi senyumannya. Sebab tu aku cuba mengelak dari jumpa dia.



Masa aku lunch sorang-sorang kat secret recipe , aku lihat kelibat Zarif ,aku cuba berselindung tapi malang dia nampak ,haish..!


     “Hye ,sorang je ke? Boleh saya join cik Mya sekali?” soalnya lembut.


   " Ada hantu kat sebelah ni ,duduk la kalau tak malu” kataku kasar . Tapi dalam hati berdebar-debar.

  
   “Amboi , garangnya” Dia tetap duduk di kerusi dihadapanku. Lama kami menjamu selera. Dia memulakan bicara.

  
     “Mya , saya yakin dengan  dengan perasaan saya ..,” Hilang perkataan ‘cik’ dan dia berjeda dan aku masih berdebar menanti ayat seterusnya.

   
    “Saya sayangkan awak , saya cintakan awak dan saya ingin bahagiakan awak “lidahku kelu,apa yang harus aku jawab?.


Sekian lama masa berlalu ,aku menjawab “ Awak sedang propose saya ke,encik percuri payung a.k.a pencuri hati ?! awak jahat , sampai hati saya pun awak nak curi ? Tak romantic !”


   “So ,awak terima la proposal saya kan?” Dia mengenyitkan mata. Aku menganggukkan kepala . 3 bulan selepas itu kami melangsungkan majlis perkahwinan Walaupun tak semeriah mana , aku tetap gembira dan bersyukur atas segala kurniaan Allah S.W.T


                                         -Tamat- Hope U like it :)
p/s : Ni 1st cerpen . Saje test bakat . Ceh .. Even tak berbakat . Comment please :P