Wednesday 11 June 2014

Keistimewaan Wuduk

Assalamualaikum

 

Tidak sah solat jika kita mengerjakannya dengan meninggalkan wuduk. Pernahkah kita terfikir mengapakah wuhuk dijadikan syarat wajib?
Mengapa tangan bersama dengan air perlu menyentuh anggota-anggota tubuh? Mengapa muka, kepala dan telinga yang dibasuh? Juga kenapa mesti tangan dan kaki? Setiap perintah Allah SWT memiliki kebaikan dan hikmah tentu disebaliknya. Semua lima pancaindera, tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.


Difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).


Masih banyak rahsia yang terkandung dalam wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui. Namun begitu terdapat ahli sains dan pakar saraf/ neurologist berjaya mengungkap sedikit rahsia yang terdapat pada anggota wuduk.

Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Jika diperhatikan di mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, lalu kemudian diamati pula rukun2 wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi.
Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik jika dibandingkan dengan syariat wuduk yang disyari’atkan sejak 15 abad yang lalu.

Muka = 84
Tangan =  95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125
Jumlah keseluruhan = 493!
.
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!
Subhanallah!!!  Bayangkan jika kita melakukan itu sekurang-kurangnya 5 kali sehari…
.
Dari ilmu ahli akupuntur, bahagian telinga, tapak tangan atau tapak kaki terdapat titik2 yang merangkumi seluruh sistem tubuh badan. Dan yang istemewanya titik2 di ketiga2 bahagian ini bersamaan jumlah hari dalam setahun.
.
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat kembali, semasa kita membasuh tapak kaki & tangan… apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin dikongsikan di sini.
Di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang dapat mengubati migrain, sakit gigi, bengkak tangan, lengan merah dan jari kaku.
.
Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan utama! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
.
Terdapat 125 titik akupuntur di telinga, apabila disentuh kesemua titik ini semasa mengambil wuduk, ianya seolah2 kita telah merawat seluruh jasad. Subhanallah! Sungguh luar biasa rahsia wuduk …
.
.
Tenaga Wuduk Sembuhkan Kebutaan
Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW kepada kita dalam usaha penyembuhan. Salah satunya adalah seperti dalam hadis seorang buta yang meminta Nabi SAW untuk memulihkan pandangan matanya.
.
Baginda SAW berkata kepada orang buta itu, “Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wuduk dan ambillah wuduk.” Ini bermaksud wuduk adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika tidak memiliki wuduk, usaha untuk menyembuhkan penyakit itu akan menjadi minima.
.
.
Tingkat Pertama Wuduk
Ketika kamu mengambil wuduk, selain membaca niat apa yang pertama kali dilakukan? Ia adalah membasuh tangan sampai pergelangan dan di antara jari-jemari. Ketika membasuh kedua tangan, itu bererti gerak pertama yang dilakukan adalah menggunakan kedua tangan itu, jadi energy level pertama berada di kedua tangan.
.
Itulah punca mengapa orang lain berusaha belajar dan mengutip cara-cara Islam, khususnya orang India dan China yang meyakini Bhuddism. Pertama kali mereka gunakan kedua tangan mereka sebagai sebuah method untuk melepaskan energy dari tubuh mereka, kerana mereka mengumpulkan energy melalui tubuh mereka seperti sebuah piring atau sebuah parabola.
.
Mereka mengumpulkan energi ini dan melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Tubuh bertindak sebagai sebuah penampung energy. Melalui olah gerak mereka yang beragam dari latihan berat kepada keseluruhan tubuh, mereka mulai mendapatkan energy jenis itu dan mengfokuskannya dan melepasnya melalui kedua tangan mereka. Bagi menyembuhkan orang sakit, segala sesuatu yang mereka gunakan dalam penyembuhan memiliki efek penggunaan energy.
.
Contoh terbaik dari hal ini adalah pembedahan laser yang melalui technology moden menggunakan cahaya laser untuk menyembuhkan penyakit mata dan bahkan kebutaan. Mereka tidak lagi menggunakan peralatan (tangan), hanya laser. Jadi orang buta tadi, ketika dia bertanya kepada Rasulullah SAW.
.
Baginda SAW memberinya sebuah petunjuk kunci bahawa melalui pelepasan energy, kebutaan itu akan berlalu pergi. Wuduk dapat melepaskan energy dan membakar (penyakit) nya dengan melepaskannya melalui kedua tangan. Orang buta itu belajar dari situ dan memanfa’atkannya.
.
Empat belas abad yang lalu Rasulullah SAW menyembuhkan kebutaan melalui energy. Jadi apa yang kita pelajari dari peristiwa ini? Ambil wuduk dan sucikan dirimu.
Rasulullah SAW berkata, “Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wuduk.”

Kekuatan wuduk juga boleh digunakan bagi menentang keegoan. Ketika energy negative meninggalkan tubuh, maka energy positive akan bertambah. Dengan berwuduk, energy ribuan kali lebih kuat daripada biasanya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyarankan; “Pergilah ambil wuduk.”
.
Semoga rahsia wuduk ini memberi manfaat kepada semua mukmin yang sentiasa mengekalkan wuduknya.
.
Wallahu A’alam Bissowab


Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/




Thursday 5 June 2014

Khasiat Buah Epal

Assalamualaikum ^_^



Selamat Petang ! Wahh. .nampak segar kan apple kat atas tu. Menitis air liur, paling aku suka apple hijau sebab dia rasa masam-masam manakala apple merah agak manis. Apple merah pulak agak kering. bagi yang penggemar apple, meh nak bagitau Khasiat dia. Dah tahu Takpe **

Antara kelebihan epal adalah:
1.Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
2.Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
3.Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4.Melindungi sendi tulang.
5.Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
6.Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
7.Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
8.Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
9.Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”

Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.


Petua Membuang Toksid

Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.


NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Jus ini juga dikatakan sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mempunyai masalah darah tinggi. Tapi tidak digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali seminggu.
Dengan panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis, epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.

Kandungan Sebiji Epal :

  • Asid Malik dan tartaric
  • Pektin
  • Flavonoid
  Sumber



                                                   *Epal Ajaib : Sumber Google
                          

                               Klikk :  Here    here

Wednesday 4 June 2014

Cegah Kulit Kering

  Assalamualaikum


Kulit kering memang akan membuatkan seseorang itu rasa tidak selesa dan kurang berkeyakinan. Ia juga boleh di sebabkan keturunan,penuaan, penyakit seperti tirod, asma tetapi kebanyakan di sebabkan faktor luaran. Malah mungkin juga kerana kulit kita terlalu sensitif dengan produk penjagaan biasa seperti shampoo dan sabun.
 
Tidak di nafikan juga, bahan kimia yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering dan mengelupas. Ia boleh menyebabkan radang kulit. Berikut  tip penjagaan kulit yang mudah khas untuk semua

★  Elakan mandi terlalu lama. Sebaliknya cuba hadkan masa mandi kepada 5-10 minit sahaja!
★  Elakan mandi dengan air yang terlalu panas.
★  Gunakan produk gel mandian yang lembut dan mengandungi pelembap.
★  Gunakan produk mandian sabun yang tidak mengandungi bahan pewangi.
★  Selepas mandi, gunakan krim pelembap di seluruh badan.
★  Jangan sapu krim pelembap ketika kulit sedang kering.

Monday 2 June 2014

Perjalanan Menuju Mu

Ku berjalan kesepian meniti lorong-lorong kehidupan
Bertemankan bayu kasihNya yang menghembus perlahan
Ku mencari sinar suria agama dalam meraih teduh rahmatNya
Ku mencari sang pelangi iman untuk menerangi langkahku
Sebagai petunjuk dalam melalui simpang bahagia mahupun derita
Merentasi daerah fikiran mencari kematangan diri
Menerokai medan ilmu dalam menggapai kecemerlangan hakiki
Menyaksikan panorama dunia yang berbagai ciri keunikan
Sungguh indah alam ciptaanMu wahai Tuhan Yang Maha Indah
AlamMu dihiasi bunga-bunga yang sentiasa galak menguntum senyuman
Dihiasi unggas-unggas yang berlari riang bercanda sesama mereka
Dihiasi gunung-ganang yang sentiasa gah memaksi hamparan bumi
Serta dihiasi lautan yang beralun lembut berdendang zikir syahdu padaMu
Subhanallah, tiada yang lebih indah melainkan keindahanMu Ya Allah
Tetapi sayang hamparanMu itu telah dinodai oleh sejenis makhluk
Yang bernama manusia serta diiktiraf olehMu sebagai ‘Khalifah’
Terlalu banyak daripada mereka yang menjadi egois dan parasit
Berbanding yang berbudi mulia yang sentiasa redha denganMu
Mereka terpalit dengan hasutan liar fana yang menyesatkan
Yang menghambat kesenangan materialistik
Yang hanya menyeru kepada kehancuran dunia
Yang tidak mempunyai harga diri sendiri
Yang tidak pernah cukup bahkan selalu meminta
Yang tidak pernah syukur bahkan kufur
Banyak yang batil daripada yang zahir
Banyak yang nista daripada yang haq
Ramai yang ditindas daripada dibela
Ramai yang terseksa daripada bahagia
Ku terasa lelah mengekori arus pergolakan duniawi
Berhenti seketika di anjung sukma mencari nafas ketenangan
Cuba menjengah di balik sekeping jendela nurani
Aku terlalu asyik menghitung pada yang lain
Tanpaku sedar dimana letaknya tunjang diriku sendiri
Adakah dalam kebaikan ataupun sebaliknya
Jika diriku dipagari jeriji kemaksiatan padaNya
Takkan ku biar ia tetap teguh mendakap jiwa
Masihkah ada ruang untuk ku singkap kembali
Tirai dosa yang telah usang menghiasi tembok qalbu
Ya Allah ampunkanlah daku serta kami semua
Hembuskanlah bayu ketenangan mahabbahMu
Tetapkanlah hatiku agar terus istiqamah dalam kebaikan
Berikanlah petunjukMu pada yang lalai serta zalim
Lindungilah mereka yang lemah teranaiya
Aku mahukan kedamaian bertakhta di segenap jiwa
Sungguh hebat kanvas kembara hidup ini
Setiap apa yang berlaku terselit sejuta hikmah
Tamatnya sudah destinasi perjalananku kepadaMu
Perjalanan mencari identiti realiti menuju hakiki
Tiba saatnya ku mengadap mempersembah segala amalku
Sambutlah dingin rohku dengan hangat pelukan rahmatMu
Aku datang dengan sepenuh pengharapan kepadaMu Tuhan
Allah…

Penulis



Puisi Tulisan beliau sedikit sebanyak menyedarkan aku dari terus lalai akan dunia yang sementara ini yang penuh dengan ajenda jahiliah. . 

Puisi yang cukup indah .
Menceritakan maksud tersurat dan Tersirat

Kelebihan Dan Keburukan Ketawa

Assalamualaikum



KELEBIHAN KETAWA.....


hilangkan rasa sakit
semasa ketawa, jaringan saraf di otak memberikan rangsangan kimia pada otak dan bahagian2 lain pada badan dan seterusnya memberikan kesan sensitif pada tubuh...
meningkatkan daya tahan tubuh
tertawa juga memulihkan kesihatan. apabila dilakukan sekali dalam sehari dapat menjauhkan kita daripada penyakit.
mencegah pentengkaran 
membuat orang lebih kreatif dan inovatif

tertawa boleh membuatkan orang bersemangat dan berada dalam keadaan mood yang baik. kegembiraan dapat mempengaruhi kerja otak seseorang hingga mampu mengatasi masalah yang memerlukan daya fikir dan inovasi. orang yang gembira dapata menerima informasi dengan lebih baik dan lebih kreatif dalam bekerja...
 meningkatkan minat belajar
humor mampu digunakan sebagai alat untuk meningkatkan minat belajar
 vitamin anti tekanan
humor dalam psikoterapi berguna untuk mengatais kecemasan dan kemarahan, memperkuatkan keperibadian dan meningkatkan motivasi. ketawa juga merupakan senjata paling ampuh untuk mengurangkan tekanan..
sumber: fokus SPM bil 91

namun, ketawa secara berlebihan jugak mempunyai banyak keburukan.. antaranya....



KEBURUKAN KETAWA....


membawa kepada beku dan hati mati
mengurangkan rasa takut kepada Allah, maka kuranglah taatnya
melalaikan daripada mengingati mati


Itulah yang Dapat aku share. ^^ Jaga ketawa ye semua. 


                  >>Klik<<

God's Gift-14 Days

Assalamualaikum


Annyeonghaseyo ! ><  Pernah tengok Drama Korea ni? Best Gile .. Drama yang penuh suspens dan Jalan cerita yang menarik. Kejap penjahat tu then penjahat lain pulak yang timbul. Bagi aku, penjahat kat korea ni betul2 licik kan? Tapi tak selicik detektif dorang pulak. Just Drama. *Terpengaruh


Kim Soo Hyun yang dilakonkan oleh Lee Bo Young merupakan ibu kepada Han Saet Byeol (Kim Yoo Bin). Suaminya bernama Han Ji Hoon (Kim Tae Woo) merupakan seorang peguam terkenal yang memperjuangkan hak asasi manusia. Sementara itu, Ki Dong Chan (Cho Seung Woo) merupakan bekas detektif yang bakal membantunya nanti. Kehadiran detektif baru iaitu Hyun Woo Jin (Jung Gyu Woon) merupakan cinta pertama Kim Soo Hyun.

Hubungan Kim Soo Hyun dengan anaknya Han Saet Byeol adakalanya begitu dingin. Ini kerana Kim Soo Hyun sering menekankan pelajaran pada anaknya. Perkara ini tidak disukai oleh Han Saet Byeol. Han Saet Byeol sering memberontak dan membuat aktivitinya sendiri tanpa pengetahuan ibunya.

Tugas Kim Soo Hyun sebagai penulis di stesyen tv membuatkan dirinya sibuk. Lebih-lebih apabila mengendalikan kes panas berkaitan pembunuhan. Han Saet Byeol merasa kesunyian, di sekolah dia sering disisihkan oleh rakan-rakannya.

Suatu hari, Kim Soo Hyun membawa Han Saet Byeol ke tempat kerjanya. Sambil bekerja Kim Soo Hyun mengajar anaknya menulis. Dek kerana urusan kerjanya yang banyak, Han Saet Byeol ditinggalkan bersama kawan pejabatnya.

Kim Soo Hyun kembali melaksanakan tugasannya. Hari itu begitu penting, kerana program tv nya menayangkan wajah pembunuh yang menjadi sebutan hangat. Semasa siaran itu sedang berlangsung, mereka terkejut apabila mendengar panggilan misteri daripada sang pembunuh! Pembunuh mengatakan ia sudah jemu membunuh orang dewasa. Kini, sasarannya untuk membunuh kanak-kanak! Di hujung talian, kedengaran tangisan budak kecil sambil memanggil “emak”.

Kim Soo Hyun kenal akan suara itu. Kim Soo Hyun berlari ke set penggambaran dan mendapatkan panggilan tersebut. Namun hajatnya tidak kesampaian, panggilan itu telah pun terputus. Han Saet Byeol kini menjadi tebusan pembunuh!

Di rumah, pihak polis membuat siasatan. Kim Soo Hyun dan suaminya merasa sedih dan tertekan akan kehilangan anaknya Saet Byeol. Mereka dikejutkan dengan panggilan daripada pembunuh. Namun, panggilan itu tidak dapat dijejaki. Kim Soo Hyun semakin tertekan!

Suatu hari, seorang penghantar barang datang menyampaikan mesej secara sembunyi kepada Kim Soo Hyun. Pembunuh itu meminta wang sebanyak $200,000. Kim Soo Hyun segera mengeluarkan wang di bank dan mengikuti arahan seperti dikehendaki oleh pembunuh tersebut.

Di stesen keretapi, Kim Soo Hyun meletakkan wang $200,000 seperti dikehendaki oleh pembunuh. Dari belakang, Kim Soo Hyun melihat susuk belakang anaknya. Namun apabila dipusingkan, budak itu bukan anaknya! Kim Soo Hyun berlari mengejar pembunuh tersebut. Usahnya berjaya, pembunuh itu berjaya diberkas oleh pihak polis. Berita buruk diterima, pembunuh itu hanyalah pembunuh palsu yang inginkan wang sahaja. Anaknya iaitu Saet Byeol tiada dalam genggamannya. Kim Soo Hyun bertambah sedih. Dengan wajah yang luka-luka, dia merayu di depan tv supaya pembunuh tersebut memulangkan anaknya.

Semasa siaran itu berlangsung, berita terbaru mengenai anaknya kini terjawab. Saet Byeol ditemui mati lemas di sebuah tasik. Dipercayai dia cuba lari daripada pembunuh selepas dikurung selama 5 hari di sebuah rumah terpencil. Kim Soo Hyun tidak dapat menerima berita tersebut. Kim Soo Hyun mengasingkan diri dan berduka.

Kim Soo Hyun teringat akan amaran yang pernah diberikan oleh pemilik sebuah restoren. Dia bakal kehilangan orang tersayang dalam hidupnya. Dia dinasihati tidak untuk lari dari masalah itu. Sebaliknya dihadapi dan menentang nasibnya. Ketika itu, Kim Soo Hyun terus berlalu dengan rasa marah apabila wanita itu memberi amaran padanya.

Selepas kehilangan anaknya, Kim Soo Hyun seperti sudah berputus asa akan hidupnya. Dia pergi ke tempat Saet Byeol ditemui mati lemas. Kim Soo Hyun cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam tasik.
Sumber: Wikipedia & Asianwiki

Selepas dia terjun dalam Tasik, dia diselamatkan oleh ki Dong Chan yang ada kat tempat kejadian. 

Siapa Sangka pembunuh sebenar Saet Byul adalah Ki Dong Chan, tak sangka. Orang yang paling rapat. Tapi setelah dikembalikan sebelum 14 harinya, Ki Dong Chan berkorban untuk Saet Byul. Dia bunuh diri dia untuk selamatkan saet byul. Tragis ! 

Aku sedih tengok ending dia.. Kenapa macam tu? Teka teki untuk aku, apa jadi antara Kim So Hyun dengan ayah Saet byul? Then, apa jadi kepada ex BF kim Soo hyun? Tanda tanya yang akhirnya aku andaikan sendiri. 

Best cerita ni, moral of the story, kita kenalah hargai insan2 disekeliling kita. Jangan menghukum orang tanpa bukti yang kukuh. Paling penting jangan ikutkan perasaan. Macam Dong Chan buat kat abang dia, Dong Ho, sehingga sanggup memenjarakan abangnya yang tak normal itu. 


Saet byul yang Commel ^_^

Akhir kalam, sila singgah sini

7 WARNA SI CHUBBY HARUS CUBA!

Assalamualaikum


Hye :'D Selain Tip Yang sebelum ni. Warna-warna ni jugak boleh Diaplikasikan semasa pilih pakaian kita. Khas untuk si Chubby

1-      HIJAU TERANG
Jangan takut untuk memilih warna hijau. Ia akan membuatkan kamu kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

2-      UNGU LEMBUT
Terpukau dengan warna yang lembut ? begitu jugalah orang yang memandang akan terpukau dengan kamu. warnany sesuai dipadankan dengan celana berwarna coklat.

3-      PUTIH
Sesuci warnanya, adakala putih memberikan ilusi lebih besar namun jika potongan baju sesuai dengan potongan badan kamu, kamu pasti nampak cukup langsing dan bergaya.

4-      BIRU ELEKTRIK
Ini adalah warna terang yang cukup sesuai buat si gempal. Yakin dengan penampilan diri dan kamu akan kelihatan cukup hebat.

5-      KUNING JAGUNG
Semanis warna jagung ini, kamu juga boleh memakai warna ini asalkan kamu memadankannya dengan celana bewarna gelap.

6-      MERAH HATI
Pilihan yang menarik perhatian buat si gempal. Kamu akan kelihatan lebih langsing dengan pilihan rona gelap ini.

7-      OREN TANGERIN
Kamu pasti teruja dengan warna ini. Sekali sekala, cuba lari daripada warna tipikal kegemaran kamu. warna ini pasti membangkitkan seri kamu,


Share on google_plusone_shareShare on emailShare on print
Selamat Mencuba ! Sumber Remaja


Tips untuk si Chubby !

Assalamualaikum 


Selamat Petang! untuk si Chubby sekalian termasuk aku, *Hohoho* jom hilangkan rasa tak yakin diri ketika memilih pakaian. Terjumpa tips menarik ^^

 TRIK & TIP !

1)    Pakai pakian yang muat-muat dengan badan. Jangan terlalu ketat dan jangan terlalu longer. Kerana baju yang ketat akan menampakan kelemahan kamu, manakala baju yang besar pula menampakkan kamu lebih besar berbanding saiz yang sebenar.
2)    Jangan dan elakan memakai pakaian yang mempunyai kualiti kain yang merengang. Ia akan dilihat seolah-olah melekat di badan kamu dan bakal mempamerkan segala isi yang tidak mahu dilihat. Carilah fabric yang lembut seperti kapas, sifon mahupun linen.
3)    Bagi yang berkeyakinan, pakailah kasut tumit tinggi. ia membantu kamu untuk kelihatan lebih tinggi sekaligus nampak lebih langsing.
4)    Jika kamu sukakan warna-warna yang terang, gunakan ia pada aksesori seperti tali pinggang, kasut, beg topi, warna lipstick,ataupun aksesori perhiasan. Warna terang ini boleh memberikan tumpuan pada mata yang memandang kamu.
5)    Jaga postur badan kamu agar tidak bongkok. Cuba berdiri tegak di hadapan cermin dalam posisi mendada, kamu akan lihat diri kamu lebih tinggi berbanding biasa. Jika berjalan, postur badan perlulah tegak dan jalanlah dengan penuh yakin.
6)    Pakai baju berbelang vertical untuk menampakan tubuh lebih langsing  dan ilusi lebih panjang. Jika bercorak pula, pilih daripada motif flora kecil yang comel.
7)    Jangan pakai pakaian yang mempunyai dua tona warna yang amat berbeza kerana ia akan menampakan tubuh kamu seperti terbelah hingga memberikan ilusi pendek dan gemuk yang berganda.
8)     Elakan daripada memakai seluar ataupun skirt yang bewarna cerah kerana ia akan membuatkan bahagian bawah kamu kelihatan besar. Nanti, badan kamu akan kelihatan tidak seimbang.
9)    Jangan pakai pakaian yang berlapis-lapis. Cukuplah sekadar blaus yang cantik dan seluar denim. Yang sesuai dengan bentuk badan kamu. jika kamu mahu mengenakan kardigan apa kata pakai material kain yang ringan dan tidak terlalu ketat.
10)  Pakailah sesuatu mengikut usia kamu. Jangan pakai pakaian yang bercorak agak ‘berusia’  ataupun terlalu ‘muda’. Cita rasa amat penting dalam pemilihan dan jika kamu tidak yakin, apa kata ajaklah teman kamu teman sekali!

Semoga berguna ^_^
Sumber  Remaja