Assalamualaikum ^_^
Selamat Petang ! Wahh. .nampak segar kan apple kat atas tu. Menitis air liur, paling aku suka apple hijau sebab dia rasa masam-masam manakala apple merah agak manis. Apple merah pulak agak kering. bagi yang penggemar apple, meh nak bagitau Khasiat dia. Dah tahu Takpe **
Antara kelebihan epal adalah:
1.Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
2.Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
3.Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4.Melindungi sendi tulang.
5.Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
6.Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
7.Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
8.Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
9.Selepas
makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat
menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,
“Apabila
anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal
tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan
bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang
disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”
Epal elok
dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan
kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat
untuk mendapatkan khasiat herba.
Petua Membuang Toksid
Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
NOTA: Ia
dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas
menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih
tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah
sembelit atau penghadaman. Jus ini juga dikatakan sesuai untuk orang
yang sedang berdiet dan mempunyai masalah darah tinggi. Tapi tidak
digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali
seminggu.
Dengan
panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan
sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis,
epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan
kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia
tersebut dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan
fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab
merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.
Kandungan Sebiji Epal :
- Asid Malik dan tartaric
- Pektin
- Flavonoid
*Epal Ajaib : Sumber Google
Klikk : Here here
waah ternyata buah apple banyak manfaatnya ya mbak,,
ReplyDeleteterimakasih infonya bermanfaat sekali :)