Wednesday 23 December 2015

Tips Bergaya dengan Sneaker

Assalamualaikum



Jika ramai wanita memilih koleksi high heels sebagai kasut pilihan mereka, ada juga segelintir wanita yang masih meminati pemakaian sneaker. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang gemar berpakaian kasual dan ingin bergerak aktif. Seperti yang kita semua ketahui, koleksi sneakers merupakan jenis kasut yang paling selesa dipakai kerana mempunyai struktur tapak yang rata dan juga memberi sokongan kepada kaki si pemakai. Namun, bukan semua pakaian boleh anda gayakan dengan pemakaian sneakers wanita ini, contohnya seperti baju kurung, jubah moden dan pakaian tradisional yang lain. Contoh pakaian yang anda boleh gayakan dengan koleksi sneaker wanita adalah seperti;



Pertama sekali, anda boleh memakai koleksi sneaker dengan padanan leggings, yoga pants or even chino pants! Ini lah kasut yang paling sesuai untuk anda gayakan during your lazy days.




Gaya kedua pula adalah kombinasi yang paling terbaik iaitu pemakaian jeans dan t-shirt seperti berikut. Sneakers dan jeans adalah padanan yang paling ideal!


Jangan fikir sneaker hanya boleh digayakan dengan pemakaian seluar sahaja, kerana sneaker juga boleh digayakan dengan pemakaian skirts seperti berikut.


Malah juga menarik untuk dipadankan dengan koleksi maxi dress yang sesuai untuk gaya kasual anda.


Dan untuk gaya yang lebih santai dan laid-back, tampil bersahaja dengan padanan sneaker anda bersama pemakaian koleksi jumpsuits.



No comments:

Post a Comment