Sunday, 14 February 2016

Sedikit perkongsian untuk lepasan SPM


Amalan-amalan yang dilakukan pada setiap malam sehingga keluarnya keputusan:
1. Solat sunat istikharah - memohon hidayah.
2. Solat sunat hajat - memohon kejayaan.
3. Solat sunat taubat - memohon kemaafan di atas setiap khilaf yang telah dilakukan.
Apabila selesai melakukan setiap solat sunat tersebut, bacalah ayat-ayat berikut:
1. Surah al-Waqiah - memohon dimurahkan rezeki.
2. Surah Yassin - memohon untuk kuat ingatan.
3. Surah Luqman - memohon kebijaksanaan dan berkat Luqmanul hakim.
4. Surah ar-Rahman - memohon kasih sayang daripada pemeriksa terhadap calon.
Masih belum terlambat untuk kita mengamalkan amalan di atas kerana Allah menyukai hambaNya yang akhirnya bertawakal setelah habis berusaha. Semoga kejayaan menjadi milik kita seiring dengan doa, usaha, ikhtiar dan tawakal kita kepadaNya. aamiin
Sumber : Fb

Bukan sahaja lepasan SPM, tapi untuk semua orang yang nak berjaya dan paling penting kita niat untuk berjihad di jalan Allah :D

3 comments: