Wednesday 10 October 2012

Deja Vu Dan Psikik?


  Korang pernah dengar tak tentang Psikik nie?? Deja Vu tu mesti dah kan? Pernah tak korang alaminya? Sha sendiri pernah mengalami Deja Vu nie dan ia  melibatkan kombinasi visual , audio dan persekitaran. Deja Vu yang Sha alami cuma beberapa saat saja.Contohnya pernah melihat sesuatu benda dan dalam masa yang sama mendengar percakapan seseorang.

                                                         Deja Vu~
  Konsep Deja Vu (bahasa Perancis)yang  dalam bahasa Melayu bermaksud “pernah dilihat”. Ahli sains menjelaskan bahawa Deja Vu berlaku oleh kerana kelewatan otak memproses maklumat visual yang diterima. Kelewatan ini memberikan gambaran seolah-olah suasana yang berlaku kepada penerima pernah berlaku sebelum ini.Mengikut kepercayaan bukan islam,mereka mengatakan itu ialah kehidupan dimasa lalu,dalam islam,manusia pernah ditunjukkn semua hidup mereka yg mereka bakal lalui nanti dibumi.Manusia pernah berjanji dihadapan ALLAH pada suatu masa dahulu,adakah anda ingat siapa si fulan bersebelahan dngn anda sewaktu membuat perjanjian dngn ALLAH...ini kerana hati kita sudah dikotori dngn benda-II haram,..sebelum ini kita pernah berjnji pada ALLAH di alam rohani untuk hidup didunia sebagai hamba,menyembah tuhan untuk bekalan hari kemudian (akhirat)

  Profesor Hans Holzer bagaimanapun mempersoalkan bagaimanakah konsep kelewatan maklumat tadi dapat dijelaskan sekiranya ia melibatkan satu pengalaman yang agak lama. Contohnya seseorang boleh menunjukkan arah dengan sangat dalam satu rumah yang belum pernah dilawatinya sebelum ini.Beliau juga ada menyebut tentang Extrasensory Perceptions (ESP) iaitu kebolehan mendapat maklumat awal tentang perkara yang akan berlaku. Katanya kebolehan ini sebenarnya normal dan ada pada setiap manusia, yang berbeza hanyalah kekuatannya.

  Satu istilah lain yang menarik minat Sha ialah Out of Body Experience (OOBE). Profesor Hans Holzer menjelaskan OOBE adalah pemisahan antara fizikal dan spiritual seseorang. Ianya biasa berlaku dalam mimpi. Apabila terpisah spirit (roh?) seseorang boleh melangkaui jarak, tidak ada sakit, dan tidak ada masa. Seseorang itu masih mempunyai kawalan ke atas spirit seperti biasa, cuma tanpa kehadiran fizikal. Oleh kerana OOBE juga, seseorang dapat merasakan pengalaman seperti terjatuh dari tempat tinggi sebelum terjaga dari tidur. Ini kerana kesan dari perubahan kelajuan di mana spirit tanpa fizikal mula menghampiri badan dan masuk semula.Pernah tak korang alaminya??~hm...

                                                          Psikik~                                        
   Ciri II Psiki ialah mampu melihat dari jarak jauh,berbicara dari jarak jauh(telepati),kebolehan membaca aura(perubatan),Penerimaan terhadap aspek keatas perkara yg tidak boleh diterima oleh orang lain mengikut deria yang lain(seperti mampu melihat makhluk halus),pengalaman keluar dr tubuh(pengamal perubtan islam),perantaraan seperti boleh berkomunikasi ngn roh manusia @ haiwan(mcm ctew tv8 ngn Ace Ventura),boleh mengesan sesuatu objek tnpa menyentuhnya..dn bermacam macam lagi .. 

p/s: jika anda ada sesuatu ingin dikongsi  boleh la komen k^^ thanks kepada yang baca dan komen...



7 comments:

  1. pernah jd,..kadang2 takut jugak ble berdepan dgn situasi nih

    ReplyDelete
  2. susah nak komen......
    tapi remy percaya...ada manusia yg punyai kelebihan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep...btul 2^^.pape pom thx for comment^^

      Delete
  3. uish...ada sedikit mistik dan menakutkan..tp bukankah kebenaran selalunya cenggitu?

    nice..terima kasih sbb mengingatkan.

    from sha to sha.
    from purple to purple.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...betul jga tu...kebenaran~~sama2..dan thx sbb comment^^

      Delete