Friday, 25 April 2014

M.A.G.I.S By RAM


     Assalamualaikum

 

     Wahhhh! Finally MAGIS jadi milikku, lama mengidam novel ni, since tahun ni selera 
aku berubah sikit dalam membaca novel. Dulu semua novel2 cinta cintun yang 
ditambah jiwangnya menjadi pilihan hatiku untuk dibaca sekarang aku lebih suka novel 
thriller, fiksyen and tambah-tambah lagi novel RAM ada unsur ketuhanan yang bagus untuk 
kita. 
       Bila aku start baca novel RAm yang aku pinjam dari PSS aku dah jatuh cinta dengan 
gaya penulisan, jalan cerita dan moral yang cuba beliau terapkan. Tapi satu pon novel RAM 
takde dalam koleksi novelku. Tapi hari ni, pertama sekali dalam sejarah aku dapatkan 
MAGIS. 
     Tujuan asal aku nak beli buku latihan je, tapi secara automatiknya aku pergi ke 
yang menempatkan Novel walaupun kita takde niat nak beli. Kebetulan novel MAGIS lah 
yang first aku nampak, dengan ayunya aku meyambarnya *ececece*

Novel ni menggabungkan 5 watak daripada novel sebelum2 ni karya RAM, iaitu 
Laksamana Sunan, Ejim(Tombiruo), Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. .
So, kene baca semua siri novel novel sebelum ni baru boleh faham watak tersebut.
 


                                           *Ni la rupa novel tersebut ^^ Ehsan uncle GOOGLE

Sinopsis :-
Fenomena Halo telah mengheret 5 manusia yang berlainan tempat & berbeza tahun ke sebuah dunia magis.Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis.Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza

Saifudin bertemu Syeikh Thauban - satu-satunya manusia penjaga masjid.Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombirou yang kini berwajah manusia & tampan,jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur.Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.
Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka.Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor mahkluk gagah dipanggil Tuan Turak-pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.
Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan(asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi.Mereka bertempur sampai mati!
 
Haaa! Bestkan bunyiknyee.. rugi tak dapatkan novel bernilai macam ni.






2 comments:

  1. waaa.. lama x baca buku RAM.. buku2 dia menarik.

    ReplyDelete